Sunday, April 5, 2009

komen

Makluman kepada semua pembaca. Kini ruangan komen di blog saya ini sudah boleh digunakan oleh sesiapa sahaja. Hanya klik komen> berikan komen anda > klik profile > pilih anonymous. (^_^)

astory to ponder

( this article was sent to me by Muhammad.net few years back)
Once, some students were enjoying a ride in a boat. The time was pleasant, the air was cool, and the young men were in high spirits. With the simple- minded boatman, also, being there to serve as a target of fun and entertainment, who could make the students sit quietly ? One of them asked the boatman, "Uncle ! What subjects have you read ?"
"I have read nothing," the boatman replied. The young man sighed, and said, "Oh! Have you not read science ?" "I have not even heard its name," replied the boatman. "But you must be knowing Geometry and Algebra," said another young man. "These names, also, are altogether new for me," came the reply. It was now the turn of the third student to sharpen his wit. "You would have, surely, studied History and Geography," he said. "Are these the names of men or towns ?" asked the boatman in reply.
At it, the boys burst into laughter, and inquired from the boatman what his age was. "Forty years or so," he said. "You have wasted half of your life and learnt nothing," remarked the young men. The poor boatman remained silent. Soon afterwards, a storm arose in the river and the boat began to be tossed on unruly waves. Disaster seemed imminent, and the students who had no experience of journey by water felt extremely nervous. They were seized with the fear of their lives. The boatman, then, asked the young- men, with feigned seriousness, what they had learnt. Failing to grasp the real intent of the boatman, the students began to give a long list of subjects that were taught in the colleges.
When they had finished, the boatman said with a smile, "You have read all these things. But, tell me, have you, also, learnt swimming ? If, God-forbidding, the boat over-turns, how will you reach the coast ?" "Uncle!" the youngmen replied, "This is the one thing we do not know. We never thought of learning it." Upon it, the boatman laughed aloud and remarked, "I have wasted half of my life, but you have lost the whole of your lives. Your education is not going to help you in the storm. Only swimming can save you today, and you do not know it,"
The so-called powerful and advanced countries of the present-day world are confronted with an identical situation. The boat of humanity is in grave peril, the tides are moving menacingly towards it, and the shore is far away. The worthy passengers of the boat know every- thing, but are wholly ignorant of the art of swimming or navigation. Or, in other words, all the intellectual and scientific achievements notwithstanding, the modern man does not know how to live like a civilised and God- fearing human being. Iqbal has drawn pointed attention to the dismal state of affairs, the strange contra-diction, which has set up the biggest question mark before the Twentieth-Century world and brought it at the cross-roads of destiny.
He says.-
He who enchained the sunbeams could not
Unfurl the dawn on life's dark night;
He sought the orbits of the stars, but failed
To travel his own thought's world;
Entangled in the laybrinth of his learning,
He lost count of good and evil.]

Penghargaan buat kerajaan Selangor

Dalam kesempatan ni, saya ingin mengucapkan syabas kepada kerajaan negeri Selangor kerana telah memerintah Selangor kira-kira untuk setahun ini dengan prestasi yang baik. Tan Sri Abdul Khalid selaku menteri besar telah melakukan banyak perubahan demi kemaslahatan rakyat.
Pemberian 20m padu air secara percuma setiap bulan, program “merakyatkan ekonomi Selangor”,dan pengfokusan kepada modal insan menjadi bukti keprahitanan mereka kepada rakyat.
Saya juga ingin menyampaikan penghargaan kepada Dr. halimah Ali di atas sumbangan dari aspek pendidikan anak watan negeri Selangor. Walaupun saya tidak bersetuju dengan cadangan memberi kuota kepada bukan melayu untuk belajar di UITM, tetapi saya amat menyokong usaha beliau mewujudkan sekolah tahfiz sains (MiTSek), program Skor A dan sumbangan-sumbangan berbentuk kewangan bagi program-program bermanfaat di sekolah-sekolah di Selangor.
Saya meletakkan keyakinan saya di atas kecekapan menteri besar dan para exconya untuk mentadbir Selangor dan menyelesaikan seribu satu konflik di sini dan saya selaku rakyat negeri Selangor akan menyokong usaha-usaha kerajaan selama mana tidak memudaratkan rakyat.
p/s: saya ingin memberi cadangan. Saya rasa kerajaan Selangor harus menjalankan konsep kerajaan perpaduan dan merakyatkan pemilihan kuasa eksekutif. Cuba-cubalah ye…

Pemilihan UMNO

Pemilihan UMNO dah berlalu, ahli perwakilan dah dipilih. Bagi mereka yang pro pakatan rakyat, tidak ada salahnya kita mengambil tahu hal ehwal UMNO kerana UMNO adalah kerajaan pusat dan kerana itu kita harus mengenal barisan-barisan mereka.
Hm….Pemilihan ini disifatkan berjalan lancar degan transformasi jawatan yang berlaku dengan aman dan kekecohan yang amat minima. Di satu pihak, mereka memiliki barisan yang berkualiti seperti shahrizat (ketua wanita), rosnah (puteri), Zahid hamidi (Anib presiden), Muhyidin Yassin (timb. Presiden), dan Zulhasnan Rafique (ahli MT).
Tapi, di satu sudut lain, mereka mempunyai ahli-ahli berbahaya seperti “pemimpin junior lelaki” mereka dan “pemimpin orang-orang veteran”. Pemimpin-pemimpin ini, kalau tidak mahu berubah atau tidak diubah oleh ahli UMNO maka bersedialah untuk menjadi pembangkang kerajaan pusat di PRU-13.
Fikir-fikirkanlah ye…

Tuesday, March 24, 2009

Penukaran dasar

Assalamualaikum. nak maklumkan pada semua pembaca bahawa blog ini dah menukarkan dasarnya daripada kajian antara agama semata-mata kepada kajian agama, sosial dan politik. harap maklum (^_^)

Friday, March 20, 2009

Wajarkah Gobind Deo Singh dihukum?

*Amaran: Artikel ini mengandungi unsur politik. Sesiapa yang menghadapi masalah sakit jantung, fanatik atau taksub kepada mana-mana parti, atau mempunyai hubungan dengan PDRM adalah dinasihatkan jangan membaca artikel ini sama sekali. Heh heh heh :-p
Baru-baru ni keluar berita dalam akhbar, Gobind Deo Singh digantung dari memasuki dewan parlimen kerana menghina seorang ahli parlimen yang lain dan tidak akan dibayar elaun dalam tempoh tu. Saya, selaku seorang yang neutral tidak akan meberikan sebarang komen. Sebaliknya, saya menjemput kepada para pembaca untuk memberikan pandangan melalui ruangan komen dibawah. Kalau anda ingin terlibat dalam proses undian, klik komen dan taip wajar/tidak wajar bagi pandangan anda tentang tajuk perdebatan di atas.
p/s: macam-macam. Ha4.

Perak negeri mahal, orang pun hendak

*Ingin saya maklumkan, saya tidak menyertakan artikel ini sebagai wadah politik, sebaliknya untuk fikirkan, Bagaimanakah sikap manusia pada hari ini, yang sanggup berlumba-lumba untuk kuasa dan pengaruh.
( Adaptasi dari http://www.chedet.com)
Sandiwara di Perak masih menggelikan hati. Ada lompat keluar kandang, ada lompat masuk kandang. Duli Yang Maha Mulia Sultan sudah bertitah. Tetapi Menteri Besar Pakatan tidak hendak berhenti jadi MB. Pejabatnya sudah dikosongkan oleh Polis.
Apakah Polis akan usung MB dan campak dia keluar? Tentu tidak kerana tiada peruntukan undang-undang yang mengizinkannya. Pakatan boleh adakan Kerajaan minoriti. Demokrasi mengizinkan. Tetapi kerajaan minoriti lemah. Dia boleh ditumbang dengan undi tidak percaya oleh majoriti ahli Dewan Undangan Negeri, kalau Dewan bersidang. Mungkin Pakatan tak mahu ada persidangan. Siapakah yang berhak mengadakan persidangan? Bolehkah puak majoriti paksa Kerajaan minoriti adakan persidangan khas untuk undi tak percaya? Jika tidak dapat paksa Kerajaan minoriti mengadakan persidangan mereka boleh ambil bermacam-macam tindakan untuk merosakkan negeri Perak. Apakah yang boleh dibuat kepada kerajaan minoriti jika ia kekalkan dirinya dan terus merosakkan negeri? Keadaan seperti ini masih kelabu; tak ada peruntukan undang-undang setakat yang saya tahu. Mungkin pegawai tidak akan patuh kepada kerajaan minoriti ini. Tetapi pegawai profesional perlu akur akan perintah Kerajaan yang halal. Kita hanya boleh pandang dan lihat sandiwara yang sedang berterusan. Anwar akan dapat banyak pengajaran daripada sandiwara ini kerana dialah yang beria-ia sangat untuk ada lompat katak yang terbesar pada September 16. Oh! Silap, September 24. Oh! Silap lagi.Amat menggelikan hati mendengar telatah Anwar berkenaan Nasarudin Hashim (ADUN Bota) masuk PKR dan keluar daripada PKR. Lompat masuk (perangkap) boleh tapi lompat keluar tak sah!! He, he, he!

Korban Nabi Ibrahim: Ismail atau Ishak?

Agama Kristian dan Islam adalah dua agama Samawi yang hampir sama, tapi tidak serupa. Terdapat banyak aspek yang bersamaan di dalam kedua-dua agama yang mempunyai pengikut paling ramai dunia ini. Salah satu daripadanya ialah umat Islam dan Kristian kedua-duanya percaya kepada kisah korban Nabi Ibrahim a.s.Namun di sebalik persamaan di antara kedua-dua kisah ini, orang-orang Kristian tidak berpegang kepada kepercayaan bahawa Nabi Ismail adalah anak Nabi Ibrahim yang terpilih untuk dikorbankan di dalam kisah ini.Kisah Korban Nabi Ibrahim( Adaptasi dari: http://ww.saifuleffy.blogspot.com/)Apabila kita buka kitab Bible, kita boleh dapati kisah korban Nabi Ibrahim tercatat di dalam Genesis bab 22 ayat 1 hingga 13:"Beberapa hari kemudian, Tuhan ingin menguji Ibrahim. Dia berkata, "Wahai Ibrahim." "Saya di sini," jawab Ibrahim. "Ambillah anakmu, anak tunggalmu, Ishak, yang kamu sayangi, dan bawalah dia ke kawasan Moriah. Korbankanlah dia di atas salah satu bukit yang Aku akan beritahu kamu kemudian."
...Tetapi datang malaikat dari langit menyeru, "Wahai Ibrahim." "Saya di sini," jawab Ibrahim. "Janganlah kamu mengapa-apakan anakmu itu. Sekarang aku sudah tahu bahawa kamu takutkan Tuhanmu kerana kamu sanggup mengorbankan anak tunggalmu." Ibrahim kemudiannya memandang ke atas dan melihat seekor biri-biri telah menggantikan anaknya. Beliau kemudiannya menyembelih biri-biri itu sebagai korban menggantikan anaknya."
Al-Quran pula merekodkan kisah korban Nabi Ibrahim ini di dalam surah as-Saaffaat ayat 101-107, tetapi bezanya bukan Ishak yang dikorbankan, sebaliknya Ismail.
"Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar. Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar". Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami), Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar."
Ismail atau Ishak?Apabila kita bertanya kepada mana-mana pakar agama Kristian, siapakah yang digantikan oleh Allah dengan kambing biri-biri tersebut? Mereka akan beritahu kita bahawa orang tersebut ialah Ishak; anak tunggal Ibrahim berdasarkan ayat daripada Genesis 22:2 "Ambillah anakmu, anak tunggalmu, Ishak, yang kamu sayangi, dan bawalah dia ke kawasan Moriah."Tetapi apabila kita perhatikan dalil-dalil daripada Bible, kita akan dapati bahawa Ishak bukanlah anak tunggal Ibrahim pada waktu itu, dan kita dapati bahawa sebenarnya Ismail telah dilahirkan jauh lebih awal daripada Ishak. Saya merujuk Genesis 16:15-16
"Lalu Hajar pun melahirkan seorang anak lelaki kepada Ibrahim, dan Ibrahim menamakan anak itu Ismail. Ibrahim berumut 86 tahun ketika Hajar melahirkan Ismail."
Kitab Bible secara terang menyatakan bahawa Ibrahim berumur 86 tahun ketika Ismail dilahirkan, sedangkan di dalam bab 21 daripada buku yang sama, ayat 5 dinyatakan:
"Ibrahim berumur 100 tahun ketika Ishak dilahirkan."
Saya ingin bertanya, jika Ismail dilahirkan ketika Ibrahim berumur 86 tahun dan Ishak dilahirkan ketika Ibrahim berumur 100 tahun, tidakkah ini menunjukkan bahawa Ismail lebih tua daripada Ishak? Jika begitu, mengapa kitab Bible menyifatkan Ishak sebagai anak tunggal sedangkan beliau mempunyai abang pada waktu itu?Orang-orang Kristian akan menjawab kerana mereka hanya mengiktiraf Sarah (ibu kepada Ishak) sebagai isteri Ibrahim yang sah, sedangkan Hajar (ibu kepada Ismail) hanyalah seorang gundik kepada Ibrahim.Apabila kita tanya mereka dari manakah mereka dapat tahu bahawa Hajar hanyalah gundik Ibrahim, mereka akan memberikan dalil dari Genesis bab 16 ayat 3; sedangkan perkataan 'gundik' di dalam ayat tersebut tidak lagi dijumpai, kerana ianya telah lama diubah oleh pakar Bible mereka sendiri kepada perkataan 'Isteri':
"Kemudiannya Sarah, isteri Ibrahim menjadikan orang suruhannya, Sarah yang berbangsa Mesir sebagai ISTERI kepada Ibrahim."
Mungkin ada yang akan mengatakan bahawa hal ini berlaku kerana kitab Bible tidak membeza-bezakan antara gundik dan isteri, kerana sistem pada waktu itu menganggap bawaha isteri dan gundik sebagai satu benda yang sama, berdasarkan ketidak-konsistenan Bible dalam menyifatkan Keturah, kandangkala sebagai gundik (berdasarkan 1 Chronicles 1:32) ~ "Berikut adalah senarai anak yang dilahirkan oleh Keturah, gundik kepada Ibrahim..." dan kadangkala sebagai isteri (berdasarkan Genesis 2:1) ~ "Ibrahim menjadikan seorang lagi sebagai isteri, yang bernama Keturah."Tetapi perkara ini tidak benar sama sekali, kerana di dalam 1 Kings 11:3, kitab Bible dengan jelas menyatakan bahawa Sulaiman mempunyai 700 orang isteri dan 300 orang gundik. Jika benar Bible tidak membeza-bezakan antara gundik dan isteri, mengapa tidak disebutkan saja bahawa Sulaiman mempunyai 1000 orang gundik / 1000 orang isteri tanpa perlu membeza-bezakan antara kedua-duanya? Maka hujah mereka yang mengatakan bahawa Ismail bukan anak sulung Ibrahim tidak boleh diterima pakai.Versi IslamKisah korban Nabi Ibrahim menurut agama Islam yang disebutkan di dalam Surah as-Saaffaat ayat 101-107 tidak menyebutkan dengan jelas tentang siapakah anak yang diperintahkan kepada Ibrahim untuk disembelih. Namun majoriti ulamak berpendapat bahawa Ismail adalah anak yang dimaksudkan di dalam Al-Quran, berdasarkan beberapa aspek yang perlu diambil kira, seperti aspek gaya bahasa Al-Quran dan sebagainya.
Berkenaan hadis Nabi, "Aku adalah keturunan kepada dua calon korban (iaitu Abdullah bapa baginda dan Nabi Ismail)," kebanyakan ulamak mengatakan bahawa hadis ini sangat lemah sehingga ada yang menyatakan bahawa ianya hadis palsu yang tersebar di kalangan umat Islam.

Bible (1)

Fakta pertama yang perlu di fahami oleh semua pembaca adalah Bible tidak merujuk kepada Injil semata-mata. Sebaliknya, Bible adalah kompilasi kitab-kitab samawi dan suhuf terdahulu; Taurat, Zabur dan Injil yang telah diubahsuai.
Jadi saya nak tanya, kenapa kita perlu mengkaji kitab Bible ni? Pembaca semua, tak lain tak bukan, kita kena kaji untuk memelihara diri kita dari penipuan orang-orang Kristian dan yang keduanya sebagai satu strategi dakwah kepada orang bukan Islam.
Sebagai permulaan, jom kita perhatikan bagaimanakah susunan dalam Bible. Secara amnya, Bible terbahagi kepada dua Bahagian iaitu Kitab Perjanjian lama (old testament) dan Kitab perjanjian Baru (New Testament). Kitab perjanjian lama merangkumi Zabur, Taurat dan bebrapa suhuf (yang telah diubahsuai). Manakala Kitab perjanjian baru merangkumi Injil (yang telah diubahsuai) dan surat-surat Saint Paul kepada Maharaja Rom.
Setiap Kitab terdiri dari beberapa buku (books) dan setiap buku terdiri daripada beberapa bab (chapters). Setiap bab pula ada bebrapa ayat (verses). Jujur saya katakan, bagi orang yang pertama kali mengkaji Bible, konfirm pening kepala sebab susunnya yang berbeza dengan susunan Al-Qur'an. Tetapi, dengan sedikit latihan, perkara ini akan menjadi mudah.
Adalah sangat bijak jika para pendakwah mengenali dulu fahaman yang dianuti oleh orang kristian yang hendak didakwahkan. Ini sebab bukan semua orang Kristian mengamalkan Old testament, tetapi, semua orang Kristian mempercayai New Testament. Jadi, tunggu apa lagi, ayuh mari kita mengkaji untuk menyebarkan Islam.Allahuakbar!

PPSMI Harus dimansuhkan?

Sekarang ni, isu PPSMI dah jadi satu perkara hangat. Setiap hari kalau kita bukak surat khabar, baik utusan ke, berita harian ke, Harakah ke, malah Roket pun mesti cerita pasal PPSMI. Yang menariknya, tokoh bahasa seperti A.Samad Said pun terlibat sama dalam membantah PPSMI. Di satu pihak, tujuan pembantahan ini jelasnya hanyalah satu, iaitu untuk mendaulatkan Bahasa Melayu. Namun, di mata kerajaan pula, mereka merasakan gerakan-gerakan demonstrasi ini bermotifkan politik. Bagi kerajaan, PPSMI harus dikekalkan bagi mengelakkan anak Malaysia, khususnya bangsa Melayu terbabas dalam ilmu sains dan matematik.
Selaras dengan dasar saya yang neutral, maka saya tak akan memihak kepada sesiapa. Sebaliknya, saya menjemput kepada para pembaca untuk memberikan pandangan melalui ruangan komen dibawah. Kalau anda ingin terlibat dalam proses undian, klik komen dan taip wajar/tidak wajar bagi pandangan anda tentang tajuk perdebatan di atas. Selamat berbahas!

Sunday, March 15, 2009

ekuasi ilmu

okey, saya ada satu soalan menarik. selesaikan ekuasi ni.
x study= fail
study = x fail
hu3. cubalah ye.

Antara solat dan shopping

Shopping. Aduh, kalau ada wanita yang mendengar kalimah ni, pasti sudah terbayang akan kasut-kasut, baju-baju dan tudung-tudung yang ada on sale di pusat-pusat membeli belah. Tak pun, teringat pada kerongsang, gelang-gelang batu swarozski dan 1001 hiasan diri yang ditawarkan di pasar besar Siti Khadijah, Padang Besar atau paling tak pun di Jalan Masjid India.
Tapi inilah persoalan buat umat Islam. Berapa peratus dari kita yang ingat tentang sembahyang ketika shopping ni? Saya selalu dengar ayat ni “ alah, boleh Qada’ nanti”.
Pembaca blog semua, saya nak tanya, mana datang takrif Qada’ ni? Tak adanya benda ni di dalam Al’Qur’an, lagi-lagi kalau sebabnya hanya kerana Shopping. Solat tu adalah compulsory, tak kira di mana pun kita ada. Dan jadi satu kewajipan untuk kita untuk memeliharanya.
Allah berfirman” sesungguhnya solat itu adalah berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk….”
Renungkanlah ye….

Wanita dalam kitab Yahudi

Leonard J. Swidler melaporkan di dalam bukunya Women in Judaism: the Status of Women in Formative Judaism:“To the woman He gave nine curses and death: the burden of the blood of menstruation and the blood of virginity; the burden of pregnancy; the burden of childbirth; the burden of bringing up the children; her head is covered as one in mourning; she pierces her ear like a permanent slave or slave girl who serves her master; she is not to be believed as a witness; and after everything--death.”Ianya bermaksud, “Kepada kaum wanita, Tuhan telah memberi 9 kutukan; iaitu bebanan haid, bebanan pendarahan dara, bebanan hamil, bebanan melahirkan anak, bebanan menutup kepala seperti sedang berkabung, bebanan menindik telinga seperti seorang hamba abdi yang kekal atau hamba perempuan yang berkhidmat kepada tuannya, penyaksiannya tidak akan diterima, dan selepas itu, bebanan menghadapi maut.”Gereja-gereja Katolik, disamping mengiktiraf 39 buah buku di dalam Perjanjian Lama, mengiktiraf 7 lagi buah buku yang tidak diterima oleh gereja-gereja Protestant. Antaranya ialah Tobit, Judith, 1 Maccabees, 2 Maccabees, Wisdom of Solomon, Baruch dan Ecclesiasticus.Buku-buku ini juga tidak terkecuali dalam menghina kedudukan wanita serta meletakkan semua kesalahan kepada kaum wanita. Di dalam Ecclesiasticus bab 25 ayat 19 dan 24 disebutkan,“No wickedness comes anywhere near the wickedness of a woman.....Sin began with a woman and thanks to her we all must die.”Ia bermaksud, “Tiada kefasikan yang setanding dengan kefasikan wanita… Dosa bermula daripada wanita, dan kerananya kita semua terpaksa menghadapi kematian.”Wanita-wanita Yahudi juga tidak diberi hak untuk memiliki sebarang harta. Di dalam Talmud San. 71a, Git. 62a disebutkan, "How can a woman have anything; whatever is hers belongs to her husband? What is his is his and what is hers is also his...... Her earnings and what she may find in the streets are also his…"Ia bermaksud, Bagaimanakah seorang wanita dibenarkan untuk memiliki sesuatu, kerana apa sahaja yang dimilikinya adalah milik suaminya? Apa sahaja yang dimiliki suami adalah milik suami, dan apa sahaja yang dimiliki isteri adalah juga milik suami… Pendapatan isteri, hinggakan apa yang ditemui oleh isterinya juga adalah milik suaminya..”
(dipetik dari http://www.saifuleffy.com/)

Pegang Bible boleh kena Sihir?

Baru-baru ni, saya ada berbahas dengan seorang kawan saya, apa hukumnya memegang Bible, Veda dan kitab agama-agama lain untuk tujuan mengkajinya. Dan dalam perbahasan itu, dia cakap bahawa dalam Bible ni, sebenarnya mereka dah letak sihir-sihir tertentu yang akan berjangkit pada kita kalau kita baca.
Saya berasa hairan. Ada sihir? Hm… pelik juga saya. Dah ramai orang Islam yang mengkaji tentang perbandingan antara agama diluar sana tetapi iman mereka tak goyah pun. Tak ada pun mereka ni ‘disihir’ sehingga rela dibaptiskan dan sebagainya.
Kita tak pernah dengar cerita yang As-syahid Rashid Khilafa, Ahmad Deedat, atau yang paling mutakhir, pengkaji antara agama rakyat Malaysia sendiri, iaitu Saiful Effy masuk agama Budha ke, Hindu ke, Kristian ke. Malah, kerana kajian-kajian mereka ini, telah ramai orang yang masuk Islam.
Sebenarnya, kita di Malaysia duduk dalam bayang-bayang sendiri. Apa faktor yang buat kita takut untuk mengkaji agama lain? Kalau kita yakin dengan Dinul Islam, sepatutnya kita tak ada kekhuatiran untuk menjalankan prospek dakwah ni.
Apa yang ingin saya tekankan di sini, kalau anda tak mengetahui asas-asas akidah orang-orang bukan Islam, bagaimana anda nak membuktikan bahawa fahaman mereka itu sudah silap? Bagaimana anda nak menyatakan Islam itu benar jika anda tidak ada satu parameter untuk dibandingkan dengan agama-agama lain? Dan kerana itulah kita sebagai umat islam harus menjalankan kewajipan menyampaikan dakwah bermula dengan membuat kajian perbandingan anatara agama. Fikir-fikirkanlah….

Tuesday, March 10, 2009

assalamualaikum!

Hi dan assalamulaikum saya ucapkan buat semua pembaca. memandangkan ini kali pertama saya berblog, saya mohon ribuan kemaafan atas segala kekurangan padanya. saya amat mengalu-alukan sebarang cadangan daripada anda. wasalam! (^_^)